Apa itu Kerjaya | Ramai yang salah konsep bahawa kerjaya itu adalah apabila seseorang itu bekerja dengan kerajaan atau mana-mana badan swasta dan dapat gaji setiap bulan. Makna kata lain adalah makan gaji.

Dalam artikel permulaan ini, kami cuba dahulu ubah mindset anda tentang kerjaya.

Apa itu Kerjaya?

Kerjaya adalah satu perbuatan atau pekerjaan yang anda lakukan dan anda akan memperolehi hasil pendapatan daripada apa yang anda lakukan itu. Tidak kira samaada kerja sendiri atau makan gaji.

Jika kita lihat pada hari ini, orang bisnes (kerja sendiri) hidupnya lagi mewah berbanding dengan orang makan gaji.

Kenapa?

Orang makan gaji pendapatnya adalah tetap dan hanya mendapat hasil setiap bulan. Manakala orang bisnes pula pendapatanya tidak terhad dan hari-hari akan dapat hasil.

Cuma bezanya, orang makan gaji ni lebih berada dalam “comfort zone” kerana tiada risiko untuk bankrap.

Sebab itulah apa jua yang kita nak buat perlukan ilmu terlebih dahulu.

Contohnya ilmu berniaga. Anda perlu belajar dahulu ilmu berniaga dan selok belok strategi perniagaan supaya dapat kurangkan risiko kerugian dan melipat gandakan lagi keuntungan.

Di bawah ini contoh panduan dan ilmu bisnes yang boleh anda dapatkan untuk dijadikan rujukan.

  1. Panduan Bisnes Aiskrim
  2. Panduan Bisnes Burger
  3. Panduan Bisnes Bakeri
  4. Panduan Bisnes Tudung
  5. Panduan Bisnes Air Balang

Kepada anda yang tidak berpeluang untuk makan gaji, tidak perlu berasa sedih. Konsep rezeki ini sangat luas dan yang penting kita perlu rajin mencarinya.

ORANG MALAS MENCARI ALASAN, ORANG RAJIN MENCARI PELUANG” – PELUANGKERJA.COM, 2018

Kami di pihak peluangkerja.my ini akan sentiasa mendoakan anda mendapat kerjaya yang anda inginkan.